Thursday, 1 July 2021

TIPS UNTUK MULA BERNIAGA ONLINE




Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah segala pujian bagi Allah yg telah mengurniakan sekecil2 hingga sebesar2 nikmat yg dikecapi ketika ini.

 

Sejak pandemik melanda, ramai di kalangan kita mula mencebur bidang niaga walau sebelum ini tak pernah pun terniat nak berbisnes sebab ada pendapatan tetap. Namun keadaan berubah, ada yg telah hilang pekerjaan terpaksa juga mencari jalan lain untuk tampung perbelanjaan keluarga.

 

Bagi yg baru terjebak dalam bisnes perlu ingat dlm bisnes bkn mcm kerja tetap, setiap bln ada income tetap. Bisnes ni kita perlu bina trust, branding diri dan byk lg prosesnya utk berkembang dan maju.

 

Boleh je nak dapat untung cepat tapi biasanya tak boleh bertahan lama, then lompat ke bisnes lain. Penting kat sini utk pilih yg kita minat (guna/amalkan), memberi manfaat pd ramai org dari segi servis atau produk yg dijual. Ini lebih beruntung dlm jangka masa yg panjang jika kita telah ada niat yg betul utk masa depan.

 

Selain itu, memberi sokongan sesama peniaga juga penting, saling berinteraksi walau hanya like atau beri sticker komen pd posting mereka. Ini boleh menyemarakkan hubungan dan elakkan dari hasad dengki.

 

K. Lin terjentik pula nak share bbp tips yg mungkin boleh membantu newbie. Lain org lain pengalamannyakann 😉

 

Apa yg korang boleh buat utk yg baru start bisnes secara online :

  • Cantikkan FB masing2 letak gambar diri yg sesuai begitu juga di wassap.
  • Isikan info2 yg benar, cth sedikit latarbelakang akademik/pekerjaan tak perlu detail atau lengkap sgt.
  • Berkongsi info yg bermanfaat dari sumber yg sahih dari masa ke semasa, cth petua, resepi, kesihatan yg boleh menarik perhatian rakan2 FB.
  • Berhati2 bila post di wall FB, biarlah kata2 yg keluar itu tidak mengganggu atau menyakitkan pihak lain, elakkan posting yg negative.
  • Rajin komen atau like posting FB kawan2 yg bermanfaat atau mengucapkan selamat hari lahir jika berkenaan, utk bina engagement. InsyaaAllah what u give u get back more. Pasti ramai yg suka follow posting2 korang pula even silent reader. 😊
  • Rajinlah memberi respon dlm grp leader bisnes yg korang join, sbb nya 1 hr nt korang pun akan jd leader, ada team sendiri, mesti nak group korang meriahkan. Xde idea pun, bg emoji pun jadilah. Faham ke faham? 😊

 

Apa yg korang kene expect dlm bisnes dan perlu biasakan diri mengadapnya :

  • Mesej customer tanya khabar atau feedback x jwb, blue tick saja
  • Customer yg cerewet, mcm2 dia tanya pasal produk, malah pertikai pun ada (kondem)
  • Customer yg repeat order 2, 3 kali then senyap, tak membeli dah

 

Cukuplah tak payah bg byk2 nt down pula x boleh terima. Apa pun tu semua pengalaman, kena harung juga. Customer x layan xpe, byk lg peluang lain, sedih kejap sudah, jgn lama2. Kita husnuzon saja, mungkin dia bz sgt atau dah jumpa yg lain lebih sesuai dgnnya kenalah redha. Doakan yg baik2. Kita pun jgn buat mcm tu kat org lain jika kita x suka 😉 terus terang saja abih cerita. Hehe..

 

Sbb tu awal2 kena niat nak bantu siapa dgn produk/servis kita supaya semangat tu sentiasa ada. InsyaaAllah rezeki pasti ada, percaya dan yakin, tunggu masa sesuai Allah turunkanlah nanti dari mana, cara mana, melalui apa hanya Allah yg Maha Mengetahui, penting kita bersyukur dgn apa jenis rezeki yg kita dapat. 😎

 

Rasa tenang, bahagia, sihat, semua tu pun rezeki 😊

 

Kak Lin nak ambil kesempatan ni, utk berterima kasih pada team kecil kak Lin yg sudi bersama-sama dalam bisnes utama skrg utk memperkasakan kesihatan dan ekonomi ummah. 💕💕

 

Ada yg bekerja, mmg sibuk namun kita tak biar, sekali sekala tanya khabar bantu apa yg perlu, tup tup dapat juga customer dlm kesibukan sbg ketua di pejabatnya. Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah. Macam k.Lin juga, masa kerja dulu buat sampingan sbbnya nak gain customer trust bkn sehari dua, kena bina awal based bisnes, mudah bila dah nak pencen senang kembangkan lagi bila dah ada regular customer, org dah kenal. Tahniah u, u can go further sbb minat bisnes tu ada, masa je belum mengizinkan, xpe slowly but surely yess 😊

 

Ada pula yg mmg minat bisnes, sanggup attend course yg beribu2 namun xde idea bisnes apa, Alhamdulillah Allah lorongkan kami bertemu dan baru je join bln Mei dah mula ada customer. MasyaaAllah Tabarakallah. Usia bkn penghalang, respek kerana keinginannya utk belajar tu ada, kita guide slow2 dah boleh mengorak langkah.. tq kak, kita buat sama2 tau suka semangat akak!😘

 

Last but not least yg selalu di balik tabir, dah mula ke depan, nampak jalan dan buat sales. Tq so much sbb yakin dan percaya apa yg kita perjuangkan skrg. Jom bisnes dgn Allah.💝


To my team leader NHT even lebih muda, but respek how u show n guide ur team. Syabas u doing great!

 

Sedikit tips rohani yg boleh diamalkan iaitu amalan 1000x Istighfar & Selawat setiap hari, Sedekah waktu Subuh, baca Doa2 Al Mathurat sgt membantu dlm bisnes. Xpe pelan2 buat nanti biasa jadi amalan. 😍

 

Oklah ni je lah dulu celoteh k.Lin, mana yg baik semuanya dari Allah k.Lin coretkan sbg. panduan, maaf jika ada salah silap, terima kasih sudi baca ke akhirnya. 

Love,

K.Lin Penjemput Rezeki 😊







2 comments:

What's Up!

ASTAXANTIN

 ANDA PERNAH DENGAR TAK PASAL ASTAXANTHIN? SIAPA SINI BARU PERTAMA KALI DENGAR TENTANG ASTAXANTIN NI? 🙋🏻‍♀️🙋🏻‍♀️🙋🏻‍♀️    Pada siapa ya...

Popular