Sunday, 6 June 2021

PERSEDIAAN VAKSIN PART 2




Mak Ani mertua k.Lin umur 64 tahun. Mak Ani ada darah tinggi dan gout. Dalam ramai2 saudara yg tinggal keliling rumahnya, Mak Ani dah dapat dulu temujanji utk vaksin iaitu pd 21.4.21 dua hari lepas mak k.Lin sendiri. Hmm walau tinggal di kampung, tak boleh lari dari mendapat viral2 negatif pasal vaksin ni. Jadi perasaan takut tu memang ada. Macamanapun k.Lin n asben, kami dah prepare awal utk Mak Ani. Bekalkan Vitamin C dan D yg ada dalam tablet #Diffenz Eskayvie serta minuman Phytax utk Mak Ani amalkan sebelum divaksin. Mudahan dapat beri kesihatan yg lebih baik dan imun tubuh dapat ditingkatkan. Apa pun ikhtiar mesti ada. πŸ’ͺπŸ’ͺ

Untuk meyakinkan lagi Mak Ani, k.Lin pun bawalah mak k.Lin yg baru je lepas divaksin kelmarinnya utk tunjukkan yg mak sihat mcm biasa je takde sakit apa pun lps divaksin. Kami bawa siap2 #mandianbunga utk Mak Ani mudahan dpt hilangkan rasa takutnya tu dan rasa lebih tenang. 

Sampai je rumah Mak Ani pagi tu, terkejut tengok Mak Ani terbaring di ruang tamu. Rupanya sakit perut ada tersilap makan. Aiseymann macam gaya tak boleh pergi vaksin saja ni. Ajak pergi klinik tak mau, tau lah camna org tua ni payah tak bole nak dipaksa. Dalam hati K.Lin n asben tentulah rasa sedih sbb kami harap sgt semua org tua kami dapat vaksin ni utk bantu lindungi mereka dari gejala QifC yg teruk.  Peluang mcm ni bkn mudah nak dpt, panggilan cepat, jenis pfizer lak tu, kalo bole nak settle cepat2 ye la kita x tau virus ni berada di mana2. Bukan pasal takut mati, tapi sayang mereka, x mau mereka jatuh sakit yg teruk, nak elakkan. 

Maka petang tu kami pulang ke rumah dgn sedikit rasa hampa. Apa pun kami berserah pd Allah. Usaha dan ikhtiar kita dah cuba namun tiada daya kekuatan melainkan pertolongan dari Allah. Semoga sakit perut Mak Ani makin baik. 

Ikut plan esok paginya patut kami dah bawa Mak Ani ke pusat vaksin. Tapi dah tengok keadaan dia tak sihat semalam so mungkin lewatlah sikit nak pergi melawat. Tup tup Mak Ani telefon asben pagi tu, dia tanya bila nak mai amik dia, dah siap nak pi amik vaksin ni. Wow kami terkejut gila weiii... berbunga2 hati mmg tak sangka langsung. MasyaaAllah tq Allah 😭memudahkan urusan ini. Cepat2lah kitorang bersiap.  

Sampai di pusat vaksin, kali ni lain pula petugas tanya apoinmen pukul brp. Kami mmg da terlewat sikit. K.Lin minta nak gunakan kerusi roda, walau mak Ani tak mau, xpelah senang k.Lin nak teman masuk. Mak Ani pun jalan berdengket2 ada sakit lutut. Petugas suruh terus masuk. Alhamdulillah kali ni lebih cepat dari masa apoinmen mak k.Lin 2 hari lepas. Baguslah ada penambahbaikan proses giliran vaksin. πŸ‘πŸ‘

Gitu gini tak sampai sejam pun rasa selesai dah mak Ani divaksin. Mak Ani pun nampak tenteram je. Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah. Balik rumah nampak mak Ani mula tersenyum, lega nampaknya tak rasa sakit apa pun. Syukur2. 
Esoknya follow up tanya Mak Ani ok sihat, cuma lenguh sikit di lengan. Tiada demam dan lain2. Berkat amalkan #diffenz #phytax dan #mandibunga alhamdulillah dgn izin Allah. πŸ’“πŸ’“πŸ’“

p/s : aipp x abih lg tau, ada sorg lg nu pak mertua apa cita pulak, stay tune!









2 comments:

  1. interesting.. ada lg part 3 ker? nk tau mcm mana next dos pulak...

    ReplyDelete
  2. kann.. ya insyaaAllah kita share nt. tq sudi baca dan komen

    ReplyDelete

What's Up!

ASTAXANTIN

 ANDA PERNAH DENGAR TAK PASAL ASTAXANTHIN? SIAPA SINI BARU PERTAMA KALI DENGAR TENTANG ASTAXANTIN NI? πŸ™‹πŸ»‍♀️πŸ™‹πŸ»‍♀️πŸ™‹πŸ»‍♀️    Pada siapa ya...

Popular