Monday, 24 May 2021

PERSEDIAAN VAKSIN COVID19 WARGA EMAS.

Mak dapat temujanji dos pertama pada 19 April 2021. Umur mak 71 tahun. Mak ada 3 serangkai (kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi) serta masalah osteoporosis. Kisahnya, mak agak beralasan bila nak register ambil vaksin. Tapi k.lin buat je dalam mysejahtera di hp dia, tak mau lengah2. Tahulah byk sgt viral negatif pasal vaksin ni di medsos yg ganggu fikirannya. Tup tup tak sangka dapat panggilan agak cepat. Mujur mak kat Perlis mudah urusan. 


Dalam masa nak menunggu time nak pi cucuk, kenalah jaga perasaannya supaya tak gentar utk ambil vaksin. Of course kami adik beradik risau takut juga if mak refuse. Pesan mak ambil vitamin C dan D utk ikhtiar bg imunnya kuat sikit sebelum kena cucuk. Maklumlah mcm2 dgr viral lps cucuk demamlah, sakit badanlah peninglah. So better buat preparation dan prevention. 


Sehari sebelum apoinmen mak, adik beri voice note dlm grp wasap kitorg adik beradik. Adik share apa yg dia dgr dlm myquran time. Tadabbur dari Surah Al Araf, Kisah Perang Badar, bagaimana ia dikaitkan dgn ujian keimanan kita utk dapatkan vaksin ini. Sgt terharu dgn perkongsiannya. Jadi ini dikira suatu perjuangan dlm Islam. Kami semua berserah dan tawakal. 


Selain tu, K.lin add on satu lg ikhtiar nak bg mak tenang dan kuat semangat dgn mandian bunga 3 hari berturut sebelum semasa dan selepas vaksin. 


Tiba hari vaksin mak tak puasa hari tu, minum air lebih dan bawa bekal air. Mak pakai tongkat. Kaki mak mmg tak brp kuat. Teman mak menunggu giliran di Dewan 2020. Memang ramai orang. Bangsa Cina pun ada, yang berkerusi roda pun ada, ada juga yg tanpa teman masuk ke dewan tapi masih mau mendapatkan vaksin yg disarankan kerajaan. Bagus mereka ni. 


Nampak teratur pihak yg menguruskan vaksin ni. Walau ramai org, namun dipanggil masuk ikut baris per baris 6 orang sekali masuk. In between masa panggilan lebih kurang 5 minit camtu. Nak sampai giliran mak, k.Lin pergi ambil kerusi roda yg disediakan. Bole teman mak masuk sekali. 


Ada bbp kaunter, mula pendaftaran semak IC, lps tu ke kaunter semak latarbelakang penyakit dan ubat2 yg sedang diambil. Kebetulan jumpa pula Dr. Arini yg bertugas masa tu. Terharu pula rasa sbb bole cam k.Lin walau da lama x jumpa dan kita pakai mask. Dr. Arini kata ingat lg tgk mata k.Lin. Haha ye la dulu jaga latihan siswazah (houseman) dia masa lapor diri di HTF selama 2 tahun sampaila da berjaya bergelar doktor dgn lesen pendaftaran penuh. Happy tgk mereka ni dulu mcm adik2 kita je, skrg da berpengalaman dan terus menabur bakti dan jasa pada masyarakat. Ok sambung next kaunter kemasukan data ke dlm sistem kot, tgk petugas masukkan info-info status kesihatan dlm kertas yg diisi oleh kaunter sebelum tu. 


Then terus masuk ke dalam dewan. Ada bbp kaunter yg dijaga oleh pegawai perubatan sebelum masuk ke bilik vaksin. Ramai petugas dari JPAM dan RELA yg turut bantu memudahkan pergerakan mereka yg hadir. K.Lin tgk mak rilek je, cool je. Alhamdulillah. K.Lin pula yg x selesa rasa sejuk gila dlm dewan aduhh. 


Sampai giliran mak, doktor beri sedikit briefing pasal proses vaksin ni. Mak dpt vaksin pfizer. Ada kertas yg dbekalkan berkaitan info2 vaksin. Ada borang persetujuan vaksin yg perlu disign. Kira mak punya condition tiada halangan utk disuntik dgn background penyakit yg ada dan ubat2 yg sedang diambil. 


So tolak mak masuk bilik vaksin. Jururawat lelaki yg cucuk mak. Ok je tgk mak dicucuk. Mak kata mcm x berasa sgt pun n bagus layanan mereka. Then tolak mak ke tempat menunggu selama 1/2 jam sebelum dibenarkan blk utk pastikan tiada reaksi luarbiasa lps dicucuk. 


Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah rasa release sgt selesai dgn jayanya. Fuhh bagai satu beban yg telah dibuang. Kita pula yg melepek rasa, mak still rilek n cool. Syukurlah aura mandi bunga ni mmg tak payah percaya, cuba je baru tau. Mak sendiri mengaku rasa perbezaan, xde nak gusar2. 

Mak takde ngadu demam, sakit2 badan pun lps cucuk. Syukurlah berkat usaha, ikhtiar dan doa Allah izinkan mak sihat. So andai ada parents korang yg belum divaksin, bantulah mereka dan beri sokongan. InsyaaAllah moga dipermudahkan. Sebenarnya bukan seteruk yg diviralkan pun. Yang penting niat kita tu sama, kerana Allah Taala. 


*** p/S : Stay tune ya insyaaAllah k.lin share pula kisah mertua divaksin. Berjaya ke tak lepasi ujian dan halangan. 





#ezyklikwellnessadvisor

#zeetamawar



No comments:

Post a Comment

What's Up!

ASTAXANTIN

 ANDA PERNAH DENGAR TAK PASAL ASTAXANTHIN? SIAPA SINI BARU PERTAMA KALI DENGAR TENTANG ASTAXANTIN NI? 🙋🏻‍♀️🙋🏻‍♀️🙋🏻‍♀️    Pada siapa ya...

Popular